YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad kini sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). Menerusi hantaran terkini di instagram chedetofficial, admin memaklumkan keadaan terkini Tun M yang sedang menjalani rawatan di IJN sejak 26 Januari 2024. Tun M dilaporkan masih lagi dalam proses pemulihan.

Menurut laporan Awani, jurucakap kepada bekas Perdana Menteri itu, pada ketika ini, Dr Mahathir masih menjalani proses pemulihan akibat jangkitan. Beliau turut berkongsi gambar terkini Dr Mahathir yang dilihat sedang membaca akhbar.

Jurucakap itu turut berkata, masih tidak dapat dipastikan bila Dr Mahathir akan dibenarkan discaj, sehingga pihak IJN berpuas hati dengan tahap pemulihan beliau.

Sebelum ini, Astro AWANIpada Isnin telah melaporkan gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini Dr Mahathir adalah palsu. Sejurus selepas itu, pihak IJN juga dikatakan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tahap kesihatan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dalam masa terdekat.

Dr Mahathir akan mencecah usia 99 tahun pada 10 Julai depan.

sumber: Awani