Profile

Welcome to the Studio Deck

Our Odeyo Master

Satu kisah yang panjang... (mencapai impian)

Galeri Pustaka

titian perjalanan

Memulakan siaran melalui gelombang pendek SW (short wave) dengan jenama RICA (Radio Komunikasi Antarabangsa). Bersiaran dalam bahasa Melayu dan memutarkan lagu berbahasa Melayu dan Inggeris dengan info setempat untuk pendengar Malaysia di luar negara.

Siaran RICA ditamatkan dan diganti dengan saluran baharu iaitu Radio Ibukota yang menyasarkan pendengar di sekitar bandaraya utama terutamanya Kuching. Format muzik masih dikekalkan dengan pengisian yang lebih segar dan semasa.

Seiring dengan permintaan yang baik, jenama Radio Ibukota ditukar kepada City Radio yang lebih moden dan mampu bersaing ke peringkat luar dari Malaysia.

Penjenamaan semula dilakukan dengan menukar jenama ke Radio Kamek. Radio Kamek merupakan saluran radio komuniti berbahasa Melayu dan Inggeris di bawah kendalian Add On Media Network. Radio Kamek mula beroperasi pada Oktober 2008.

Pada pengenalan awal, Radio Kamek merupakan satu-satunya stesen radio internet komuniti pertama Malaysia khusus bagi membudayakan Sarawak ke peringkat yang lebih global. Ia bersiaran selama 24 jam dengan pelbagai segmen yang menarik dan lebih memfokuskan kepada lagu-lagu hiburan terutama sekali daripada artis tempatan dan yang diminati oleh warga pribumi Bumi Kenyalang.

Selepas mengecapi prestasi yang agak cemerlang dan mampu meraih pendengar serantau dari Indonesia, Singapura dan Brunei, Radio Kamek dijenamakan ke I Love Power Radio dengan harapan akan lebih menyajikan kandungan rancangan untuk pendengar serantau dan antarabangsa.

Tahun 2023 sekali lagi menyaksikan penjenamaan keseluruhan rangkaian radio dan media di bawah satu bumbung. Kini semua saluran Add On Media Network dikendalikan oleh Wonder Wave Media Group. Selaras dengan penjenaan ini, beberapa saluran telah dijenamakan dengan nama baharu selain pengisian yang terkini seiring dengan kehendak semasa.

Tahun 2023 juga menyaksikan penubuhan label muzik Wonder Wave Records pada Mac 2023. Pengurusan keseluruhan juga telah distruktur semula oleh Wonder Wave Media Network. Wonder Wave Media juga terus mengurus kandungan dan rancangan serta playlist untuk rangkaian pasaraya terpilih seluruh Malaysia dan inflight music playlist melalui rakan strategik sedia ada. Semoga perjalanan kami akan lebih sukses lagi dengan sokongan semua pihak.

@odeyostream
Open chat
Hai
Salam kenal daripada Odeyo Stream? Chat lebih mudah dengan whatsapp... jom